Nuffnagg Ads

Monday, August 17, 2009

List of Books

Terdapat beberapa buku yang ingin ku baca. Namun, disebabkan financial problem yg melanada sekarang ini..terpaksa tangguhkan dulu niat di hati.Berikut merupakan senarai buku-buku yang ingin ku miliki.

1) Hilal Asyraf - Langit Ilahi - RM 23.00
2) Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah - Hassan Suyut - RM 24.50
3) Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam

Untuk buku Langit Ilahi, sebenarnya ada seseorang yang mensuggestkan untuk membacanya.Dan dia sedang membaca buku tu dan akan menghadiahkan pada saya setelah dia habis baca buku tu.Hopefully ,in this coming Ramadhan buku tu saya dapat.

Untuk buku ketiga juga ada yang ingin memberi. Alhamdulillah, rezeki Allah datang.

Semoga saya dapat sesuatu yang berguna dari buku-buku tersebut.

Buku ke dua berkenaan dengan pengorbanan ayah kepada anak dia yang kurang upaya. Agak menarik kerana ianya berdasarkan kisah benar dan mungkin akan difilemkan di luar negara..ada sape2 nak tolong belikan?? hehehe..

Dan sekarang saya tengah membaca buku tajuknya Abu Bakar Sahabat Sejati - Abdul Latip Talib. Buku ini saya pinjam dari roomate yang sememangnya suka membaca buku tentang sahabat-sahabat Rasulullah nie.Semua ada di rak bukunya..Salehuddin Al-Ayubi, Khalid Alwalid..Bagus betul daya imaginasi dia...sampai termimpi-mimpi.hehehe..

Jadi, jom kita semarakkan budaya membaca..Dalam bulan Ramadhan yang akan tiba nie, diharapkan masa-masa terluang dapat diisi dengan membaca Al-quran..

Hati Rapuh : Kesan Iman Yang Lemah

Hati Rapuh : Kesan Iman Yang Lemah

Hati ini terlalu rapuh dan berkaca. Kadang-kadang berhari-hari baru lah dapat di ubati.
dan sebaik-baik pengubat hati ialah Allah..Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kekadang walau sepatah ayat dari mulut orang terus tertusuk ke dalam hati.
Perbuatan sahabat-sahabat yang tidak disengajakan pun akan terus terasa.
Dan amat sensitif pada perkara-perkara yang menyentuh perasaan.
Dan secara jujurnya hati ini amat rapuh sebenarnya. Namun, takkan ku biarkan hati ini terus rapuh
dan berkecai begitu sahaja..

"Ya Allah, Kuatkan hati ini.Tegarkanlah hati ini dengan ujian-ujian Mu.."

Mungkin kerana iman yang lemah dan ibadah yang cincai jer kot.Ku mohon agar diri ini
diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah padaMu.
Ku mengharap maghfirah dan nikmat Mu yang tak pernah putus.