Nuffnagg Ads

Thursday, October 15, 2009

Cinta Bertautkan Iman


Cinta Bertautkan Iman


Ramai yang ada sahabat. Dan kadang-kadang rindu pada seorang sahabat melebihi rindu pada saudara sendiri.
Namun, kita tak terlepas dari dugaan dan onak dalam persahabatan. Semakin hari banyak yang pahit dari manis nya.
Tapi ingatlah..biarpun yang pahit itu lebih banyak dari yang manis..ianya PERSAHABATAN.
Terkenang waktu mula-mula menjalin kasih bersama sahabat-sahabat..tapi kini mula terasa ingin jauh dari sahabat-sahabat(sesetengah org jer...)
Mungkin tiada tautan hati yang kukuh yang mengikat diri ini dengannya..

Itukah CINTA ??

Dalam hadis Rasulullah s.a.w sendiri ada menyebut tentang persahabatan ini..

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah s.a.w dari Nabi s.a.w, sabdanya: Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Dalam hadis ini menerangkan bagaimana adab yang baik bagi seorang Islam terhadap saudaranya.
Dalam hadis ini juga menerangkan hubungan iman seseorang dengan cinta. Dan cinta yang dimaksudkan ialah yag didasarkan kepada agama, bukan peri kemanusiaan semata-mata.
Seorang manusia wajib menyalahi tabiat kemanusiaan yang buruk, dan berdoa untuk saudaranya serta berharap kebaikan untuknya sebagaimana yang dilakukan untuk dirinya sendiri.

Teringat tentang sirah Saidina Abu Bakar As-Sidiq. Ikon untuk membuktikan persahabatan dalam Islam itu wujud dan bukan retorik. Walaupun dipukul dengan teruk akibat mempertahankan sahabat baiknya, namun baginya dirinya tiada apa-apa melainkan sahabat baiknya iaitu Rasulullah s.a.w dalam keadaan sihat. Dan dalam sirah juga ada menyebut, apabila tersedar dari kecederaan akibat dipukul..Abu Bakar As-Siddiq hanya bertanyakan kepada ibunya bagaimana keadaan Nabi Muhammad s.a.w. dan ingin melihat sendiri keadaan baginda untuk mengesahkan kata-kata ibunya.

Bagaimana jika tidak cinta??

Imam Nawawi berkata: Bahawa apabila seorang tidak mencintai saudaranya sebagaimana ia cinta kepada diri sendiri, maka ia adalah seorang pendengki.
Terdapat tiga macam iaitu:
1) Bercita-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya
2) Bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut sekalipun ia tidak mendapatnya
3) Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain, tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi keadaan daripadanya atau lebih banyak mendapat bahagian daripadanya.Apa yang disukai ialah biarlah sama saja tarafnya, dan tak usah lebih daripadanya.

Siapa yang tidak suka dengan apa yang telah ditentukan Allah adalah melawan ketentuan dan kebijaksanaan serta tidak ada perasaan insaf dan timbang rasanya atau kasih sayangnya.

Jadi, jom sama2 menyemai dan mengutip kembali sisa-sisa pershabatan yang bertaburan pada masa yang lalu. Semai dan bajainya kembali dengan penuh kasih sayang dan keimanan agar hasilnya adalah redha Ilahi..

Wassalam..