Nuffnagg Ads

Sunday, January 17, 2010

Hari ke-17 dalam 2010


Alhamdulillah..sehingga ke hari ni..Allah masih memberikan diri ini kesempatan untuk bernafas dan menikmati nikmat iman dan islam.
Minggu lalu..saya telah diberikan peluang untuk mendengar beberapa business yang sedang popular di Malaysia hari ni..Smoga Allah memberikan rezeki yang mencukupi buat diriku..Memang duit bukan segala-galanya..
Semalam baru sahaja selesai bermesyuarat dengan Cawangan Damansara Damai..Alhamdulillah..ada sahabat yang menemani..mungkin aku lemah tanpa sahabat....
Kami berbincang tentang program yang bakal dianjurkan oleh cawangan tersebut.
Semoga diberi peluang untuk MEMBERI SEBERAPA BANYAK KEPADA UMMAH..bukan upah yang diharapkan..tapi sesuatu yang bermanfaat untuk ummah, setelah di tarbiyyah di kampus..
Terlintas di fikiran, mungkin ini hikmahnya jemaah..setelah di tarbiyyah, ini lah masa nya untuk membuktikan tarbiyyah yang diterima di kampus mampu mengubah ummah..dan bertebaranlah untuk memberikan sesuatu kepada ummah.
Ternyata hebat sekali percaturan yang ALLAH tentukan kepada kita semua...terimalah apa2 yang ALLAH takdirkan agar kita tidak terus berputus asa dan berputus harapan.
SEMOGA ADA BAHAGIA MENANTIKU DI SINI...

Monday, January 11, 2010

Alread y in 2010

Salam 2010,

Terasa cepat sungguh masa berlalu..dan sekarang dah masuk hari ke-11 dalam tahun 2010.Namun, hari-hari yang berlalu terasa tidak memberi apa-apa erti, mungkin disebabkan kualiti yang kurang memberansangkan pada hari-hari tersebut..pada tahun nie, saya tidak tahu apa yang ingin saya capai..sedih sangat bila fikir apa yang diri ini perlu.. Tadi sewaktu tengah memandu ke tempat kerja, tiba-tiba suatu soalan muncul..
Bagaimana untuk menjadi orang yang hebat di dunia dan hebat di akhirat??


Apa yang ku cari??
Dalam perbualan dengan seorang sahabat, dia memberikan saya nasihat..supaya jangan dijadikan material sebagai pengukur kebahagiaan dan matlamat dalam hidup.

Jadi, saya setkan untuk menunaikan Umrah pada akhir tahun ni..semoga diredhai niat ini..Walau saya tahu ianya memerlukan tabungan yang konsisten dan niat yang teguh.
Ingin sangat berada di sana..merasai keagungan Illahi dan melihat makam Rasulullah s.a.w..Allahu akbar..Terlalu sukar untuk menggambarkan bagai

ana perasaan dikala itu..