Nuffnagg Ads

Wednesday, September 16, 2015

Syurga Allah itu Dambaanku

Assalamualaikum..

Aku hanya hamba Nya yang kerdil..hina dengan dosa yang ku lakukan dalam sedar atau tidak..dengan sengaja atau tidak sengaja..

Tapi aku hanya impikan syurga Mu ya Allah..

ALLAH...balasan syurga yang aku harapkan..
Permudahkan langkah ku..keputusan ini bukan untuk aku..keputusan ini bukan untuk siapa2...ianya untuk mu ya Allah..

2 kisah sebagai motivasi ku dihari2 mendatang..

Pada zaman Rasulullah ada seorg lelaki yang dtg berjmpa dan berhasrat utk berjihad..
Rasulullah menyoalnya.."adakah kamu masih mempunyai ibu bapa?" Kemudian lelaki itu menjawab.."sy sudah tiada bapa,ttpi mempunyai ibu dirumah.."

Baginda berkata"adakah ibumu tidak memerlukanmu utk menjaganya?"
Lelaki tu menjawab"semestinya dia merlukan saya"

Baginda menasihatinya "Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kami kerana jika kamu berbakti kepadanya,sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti jihad fisabilillah.."

Kisah ke 2..
Nabi Musa ingin mengetahui siapakah bakal temannya disyurga..Setelah diwahyukan oleh Allah nabi Musa terus mencari lelaki tersebut.

Lelaki itu seorg penjual daging dipasar.Setelah menemui lelaki itu,Nabi musa berhasrta menjadi tetamu lelaki tersebut.Lelaki tersebut bersetuju.

Nabi Musa sebenarnya ingin melihat amalan lelaki tersebut menyebabkan lelaki tersebut terpilih menjadi temannya disyurga.

Setelah memasuki rumah lelaki tersebut..nabi musa dihidangkan makanan sup daging.Sewaktu baginda menikmati sup,lelaki tersebut masuk ke bilik dan keluar mendukung seorg wanita yang sangat tua lalu meletakkan diatas tilam.lelaki itu menyuapkan sup daging kemudian dia menukarkan pakaian wanita tua yng kotor terkena sup.kemudian dia membasuh pakaian wanita tua iti di telaga berhampiran rumahnya..

Agak lama nabi musa memerhatikan lelaki tersebut.baginda bertnya.."siapakah perempuan itu?"

Lelaki itu menjawab dengan sahu" itulah ibu saya.Dia sekarang amat tua.Tidak berdaya lagi menguruskan dirinya,sebab itu saya membuat segalanya.maafakab sy tidak melayan saudara makan"

Nabi Musa merasa terharu mendengar kata2 lelaki itu,hatinya berbisik "Alangkah besar bakti dan kasih sayang lelaki itu kepada ibunya.Patutlah Allah menyediakan baginya syurga di akhirat kelak"

No comments: